Resepi donut gebu mudah TANPA ULI dan TANPA TELUR.

Tak rajin nak uli tapi nak makan donut panas2
Pastu alergi telur pulak
Nah akak payung resepi senang utk uolls. Tak yah dok meleleh air mata tak dapat buat donut sendiri. hehe
Resepi ni pun seswai untuk yang sayangkan jari-jemari mu yang mulus itu.hahaha
Okay jom check it out step by step penyediaan kat setiap gambar
Share jer xkisah, ikhlas di bulan Ramadhan cari pahala lebih. hehe



Resepi Donut tanpa uli dan tanpa telur SIAP!!!


Okay jon check it out Step by step penyediaan.

Ready! Get set go.hehe



Step 1 Adunan yis

Campurkan sepeket yis(mauripan 11gm),  ¼ cawan gula, 2 sdb susu pekat dan 1cwn air suam. Biorkan berbuih. Ketepikan.

Cawan beso mane? Pakai je cwn biasa jgn pakai besen sudah.
Janji utk semua sukatan nak guna cwn ni.

Dah sukat dlm cwn, sy masuk dlm bekas shaker macam gambar di atas tu.
Tujuannya nak bagi ruang yis kembang dan senang nak kacau2 sebati 

Ini cawan yg kugunakan ya.Cwn plastik ikea tu boleh, Cup sukatan bakery 200 ml tu pun boleh.

Step 2 Adunan tepung

Amik bekas lain, 
masukkan 4cwn tepung(kuguna tepung Faiza/Bidara sebab lagi sedap disamping unbleached) , 
2sdk baking powder, 2 sdb planta/marjerin (kuguna buttercup, lomak sikit.haha) 
dan secubit garam. 

(optional: add sikit esen vanilla bagi wangi sikit, xdela bau yis tu)
Gaul dan ramas2 sampai jadi macam serbuk roti tu.
Tengok gambar dibawah:


Ni dia macam serbuk roti.

Step 3

Bila dah rata, masukkan kesemua ‘water roux’/softener dan ramas bagi sebati je. 

Benda alah ape tu? Ha, tgk gambar dibawah. 
Kalau malas, belijela ‘softener’ kat bakery tu. 
Kalau guna softener bakery. masuk 2sdb dlm adunan. 

Jgn beli softlan pulak. Pengsan. Haha

Masuk semua homemade softener @ 2sdb softener bakery

Tapi utk jimat dan sihat buat je. Bukan susah pun. Nah ni cara buat homemade softener:

Bancuhan homemade softener dimasak atas api yang kecil.


Caranya: Mix kan jer ¼ cwn tepung gandum + 2 sudu air. Masak atas api dan kacau sampai likat dan creamy seperti gambar.
 Jgn hangus plak.haha. Biar sejuk sikit baru gaul. 
Elok buat awal2 senang.

ni dia homemade softener yang dah likat dan creamy. 
Masukkan semua tau dlm adunan tepung tadi.


Step 4

Pi check adunan yis dah kembang tak?



bancuhan yis yang dah kembang elok just nice :)
Kalau dah kembang, masukkan dalam adunan tepung tadi dan gaul sebati je. 
Tak yah susah2 nak uli. Kalau lembik, tambah tepung sikit. 
Dah rata, tutup dan biar setengah jam pun dah ok.



Doh yang dah sebati, tak yah uli tau.

Tips untuk doh cepat kembang. 

Hakak masukkan dalam bekas tertutup macam oven/microwave. 
Bukan untuk bakar ye. Just utk biarkan dia tetutup rapat Cepat je dia kembang.
 Jangan pi dok switch on pulak. , 

ha..macam ni, tutup rapat. jangan pi switch on pulak. pitams.

Step 5

Bila doh dah kembang, kasi tumbukan bertubi2 kat doh tu bagi angina keluar. Hehe. 
Dah tu ape lagi, bentukkan ikut citarasa anda.

doh yang dah kembang

Step 6

Dah siap bentuk, disarankan biarkan sekejap bagi dia naik dan boleh goring terus.
Ada baki2 doh tu goring half cook utk difrozenkan.
 Jgn biar dia kembang byk kali nnti xsedap.

ready untuk digoreng
Dah siap goreng. Yang cerah sikit tu half cooked. 
Yang bulat tu nanti leh sumbat sambal buat pau goreng. 
Ha.. Dah dapat 2 jenis kuih. hehe
Nah tengok, Gebu dan lembut tak?

Okay model donut enterframe kejap. Ifthat ditengahari. haha


Sekian. Share and like jika bermanfaat.



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan