Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016



Entry kali ini berkenaan dengan kunjungan dua kali kami ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016. Wow! Sebelum ini tidak pernah termimpi nak jenguk MAHA, tapi kalini sampai dua kali.haha

Jom check it out our photo.

Kunjungan pertama kali ke MAHA2016



Berpagian ke sini sebab nak senang parking, mari menjamu selera dulu di 'Empayar makanan'
Bab makanan tak perlu risau. Sinilah syurga makanan. Bawak duit je lebih sikit. haha



Tadaaaa.. Castle of fruit. Paling memikat, jagung 18 ketul RM10 lelong! Lelong!
Mentah pun manis jagung dia. So sweet.


Ini hasil setelah dikukus. Sapu butter dan susu. Perghhhh


 Stall buah-buahan dan tumbuhan. Orchid yang paling cun. Gelap pulak sebab dah renyai-renyai time ni.aduhai. Tak mengapa hujan rahmat

Time ni terus balik gerak ke Melaka. Dah berputu asa nak jalan lagi sebab hujan. hahaha.
Terus meneruskan [erjalanan balik kampung. Sedih.hehe

Tak sedih sudah sebab ada second trip ke MAHA 2016.Haha

Kunjungan Kedua ke MAHA 2016 

Lets Check  it out!




Macam biasa berpagian disini, lengang lah sikit. Makan dulu ape yang ada. Baru start our journey. huhu



Kalini kami parking di Pintu 2 pulak. sebelum ni pintu 1 akan ters jumpa main hall. Untuk Pintu 2 akan terus jumpa Laman Ternakan dan jentera ni.




Antara lembu-lembu yang sempat snap sebab lembu sado yang paling famous menyorok.haha

Lepas tu jangan lupa beli kambing bakar RM5. Panjang beratur. Papa lah yang baik hati tolong beratur. Dan kami terus meronda kawasan sementara Papa membeli Kambing Bakar.hehe


Ada petting zoo sini, masuk RM5 Seorang. Boleh la nak ber'selfie' dengan Burung kakak tua ke, Kambing ke, dukung Iguana ke. Pitams ku tengok kakak tu dukung Iguana macam baby. haha.
Tak caye? Cer spot the picture kat bawah ni. hohoi




So cute, colourful chicks

Okay dah jom pergi ke tempat Papa, Laman Herba dan Sayur. Nak menari Madu kelulut.


Okay berjalan-jalan dikelilingi lebag dan sarangnya.Thriller tak? haha

Penat ke jalan? Nah ade disediakan FREE transport - Tram




 Siapakah yang sanggup menconteng sayuran dan buahan itu. Kejam.haha



Dapat bergambar kat luar pun jadilah, nak masuk tengok show dan maskot sila bayar RM25/person ya. Naufal ni penakut maskot. So, tak yah membazir. Nanti kite tengok wayang Upin ipin jeng jeng jeng je. Sambil makan popcorn haha.


Tengok niha, kena paksa pujuk rayu baru la nak bergambar. Dengan muka terpaksa itu. Sudah, jangan bermimpi mama nak bawak jumpa ape2 maskot pun.haha


Okay jom kita pergi Aquarium



Piranha!!!!!

Sini ada Laman Aquaria untuk cuci mata dan main games. Best jugak. Cer tengok video ni.hehe

video

Kemain seronok lagi step the crocodile namenya. Mama pun terasa nak join. mujur ramai orang.haha


Naufal dapat anak ikan laaaa...hehe. Susu fresh milk favourite pun murah. Terima kasih adik bagi akak FREE 4. Sebotol RM2.50

~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Multifunction Tumbler by Rubbermaid


Wow, cantik giler multifunction tumbler Shaklee offer ni tau. Last month dah dapat yang Blue Colour 600ml. Kalini lagi hebat. Tinted black 800 ml. 

Lagi besar untuk di grab dengan setiap pembelian 100 uv.
 Lebih kurang RM300++ Pembelian, anda layak untuk beli limited edition tumbler by Rubbermaid ni. 

Beli vivix sebotol pun dah layak beli PWP Tumbler ni tau :)




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Tawaran Istimewa Shaklee Membership


Korang tau tak esok,15 Oct 2016 adalah last day nak grab tawaran istimewa. Tak susah pun. 
Tak perlu modal beribu riban. Anda hanya memerlukan RM69 seumur hidup je pun.

Lepas anda daftar sebagai ahli, Anda layak dah grab peluang untuk dapat Sustained release Vitamin C ataupun Lecithin.

 Jom cepat daftar sekarang. 

Whatsapp me 019-2269066


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Mencari khidmat pengasuh/babysitter on weekend?

Assalamualaikum semua.

Post kalini khas untuk ibubapa yang bekerjaya mahupun bekerja sendiri. Jika anda masih mencari khidmat pengasuh/babysitter on weekend sahaja ya, boleh teruskan bacaan post kalini ya.
Kami menyediakan khidmat mengasuh anak pada hari minggu. Khas untuk ibubapa yang ingin outstation/honeymoon/bercuti pada hujung minggu dan ingin mencari pengasuh anak. Lokasi kami di Taman Medan, Petaling Jaya. Anak anda akan tinggal dirumah yang berpenghawa dingin, teres dua tingkat.

Permintaan untuk pengasuh anak dirumah anda sendiri juga boleh dibincangkan dengan saya.
Tiada had umur. Kadar serendah RM4 - 7 sejam.
Boleh tahu lebih lanjut mengenai penjaga melalui whatsapp. Jangan risau, anak anda akan dikawal selia dan dijaga dengan rapi dengan izin Allah s.w.t. Boleh add Facebook saya di link ini untuk berkenalan lebih dekat :) Mengeratkan ukhwah.

Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp: 019-2269066

Perkenalkan antara testi kami. Nama Baby Umar Khudzhaifa, 8 bulan :) Comel sangat. Baik dan senang je jaga dia.Anak saya Naufal tu berumur 5 tahun, pandai juga teman dan main2 dengan adik. Alhamdulillah. Rindu nak ade baby pulak rase.hehe






Umar with my Hero Naufal, 5 years old :)




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

Resepi donut gebu mudah TANPA ULI dan TANPA TELUR.

Tak rajin nak uli tapi nak makan donut panas2
Pastu alergi telur pulak
Nah akak payung resepi senang utk uolls. Tak yah dok meleleh air mata tak dapat buat donut sendiri. hehe
Resepi ni pun seswai untuk yang sayangkan jari-jemari mu yang mulus itu.hahaha
Okay jom check it out step by step penyediaan kat setiap gambar
Share jer xkisah, ikhlas di bulan Ramadhan cari pahala lebih. hehe



Resepi Donut tanpa uli dan tanpa telur SIAP!!!


Okay jon check it out Step by step penyediaan.

Ready! Get set go.hehe



Step 1 Adunan yis

Campurkan sepeket yis(mauripan 11gm),  ¼ cawan gula, 2 sdb susu pekat dan 1cwn air suam. Biorkan berbuih. Ketepikan.

Cawan beso mane? Pakai je cwn biasa jgn pakai besen sudah.
Janji utk semua sukatan nak guna cwn ni.

Dah sukat dlm cwn, sy masuk dlm bekas shaker macam gambar di atas tu.
Tujuannya nak bagi ruang yis kembang dan senang nak kacau2 sebati 

Ini cawan yg kugunakan ya.Cwn plastik ikea tu boleh, Cup sukatan bakery 200 ml tu pun boleh.

Step 2 Adunan tepung

Amik bekas lain, 
masukkan 4cwn tepung(kuguna tepung Faiza/Bidara sebab lagi sedap disamping unbleached) , 
2sdk baking powder, 2 sdb planta/marjerin (kuguna buttercup, lomak sikit.haha) 
dan secubit garam. 

(optional: add sikit esen vanilla bagi wangi sikit, xdela bau yis tu)
Gaul dan ramas2 sampai jadi macam serbuk roti tu.
Tengok gambar dibawah:


Ni dia macam serbuk roti.

Step 3

Bila dah rata, masukkan kesemua ‘water roux’/softener dan ramas bagi sebati je. 

Benda alah ape tu? Ha, tgk gambar dibawah. 
Kalau malas, belijela ‘softener’ kat bakery tu. 
Kalau guna softener bakery. masuk 2sdb dlm adunan. 

Jgn beli softlan pulak. Pengsan. Haha

Masuk semua homemade softener @ 2sdb softener bakery

Tapi utk jimat dan sihat buat je. Bukan susah pun. Nah ni cara buat homemade softener:

Bancuhan homemade softener dimasak atas api yang kecil.


Caranya: Mix kan jer ¼ cwn tepung gandum + 2 sudu air. Masak atas api dan kacau sampai likat dan creamy seperti gambar.
 Jgn hangus plak.haha. Biar sejuk sikit baru gaul. 
Elok buat awal2 senang.

ni dia homemade softener yang dah likat dan creamy. 
Masukkan semua tau dlm adunan tepung tadi.


Step 4

Pi check adunan yis dah kembang tak?



bancuhan yis yang dah kembang elok just nice :)
Kalau dah kembang, masukkan dalam adunan tepung tadi dan gaul sebati je. 
Tak yah susah2 nak uli. Kalau lembik, tambah tepung sikit. 
Dah rata, tutup dan biar setengah jam pun dah ok.



Doh yang dah sebati, tak yah uli tau.

Tips untuk doh cepat kembang. 

Hakak masukkan dalam bekas tertutup macam oven/microwave. 
Bukan untuk bakar ye. Just utk biarkan dia tetutup rapat Cepat je dia kembang.
 Jangan pi dok switch on pulak. , 

ha..macam ni, tutup rapat. jangan pi switch on pulak. pitams.

Step 5

Bila doh dah kembang, kasi tumbukan bertubi2 kat doh tu bagi angina keluar. Hehe. 
Dah tu ape lagi, bentukkan ikut citarasa anda.

doh yang dah kembang

Step 6

Dah siap bentuk, disarankan biarkan sekejap bagi dia naik dan boleh goring terus.
Ada baki2 doh tu goring half cook utk difrozenkan.
 Jgn biar dia kembang byk kali nnti xsedap.

ready untuk digoreng
Dah siap goreng. Yang cerah sikit tu half cooked. 
Yang bulat tu nanti leh sumbat sambal buat pau goreng. 
Ha.. Dah dapat 2 jenis kuih. hehe
Nah tengok, Gebu dan lembut tak?

Okay model donut enterframe kejap. Ifthat ditengahari. haha


Sekian. Share and like jika bermanfaat.



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

9 Langkah elak nafas berbau



NAFAS BERBAU buat kita hilang mood nak bercerita. Kalau boleh nak cepat-cepat habiskan ayat dan berlalu pergi.

Ramai yang mempunyai masalah nafas berbau ni, tapi mereka tak ambil langkah mengatasinya

Hari ini saya kongsikan 9 langkah untuk elakkan nafas berbau;

1. Gunakan ubat gig berflorida untuk kawal karang (plak) gigi dari bersarang.

2.    Pilih ubat gigi pudina kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan rongga hidung. Kesannya ia akan kurangkan atau hilangkan nafas berbau dan menyegarkan pernafasan.

3.    Gunakan dental floss (banyak terdapat di farmasi) untuk membersihkan lebihan makanan yang terselit di celah gigi. Makanan terkumpul yang tidak dibersihkan akan bertindak balas dengan enzim air liur dan yang menyebabkan nafas berbau.

4.    Berhati-hati memilih makanan. Elakkan makanan yang terlalu banyak bawang, bawang putih, makanan dengan kandungan lemak yang tinggi dan minuman beralkohol.

5.    Makan ulam yang tak meninggalkan bau seperti ulam raja, pegaga, dan pucuk gajus. Elakkan makan ulam yang berbau kuat seperti petai dan jering.

6.    Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan pernafasan (seperti Listerine).

7.    Petua tradisional juga boleh diamalkan untuk menghilangkan nafas berbau seperti mengunyah cengkih atau minum air rebusan kacang hijau.

8.    Waktu pemakanan yang tak teratur atau terlalu lama berlapar juga merupakan menyebab nafas berbau kerana apabila lapar, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan dan akan menghasilkan bau busuk.

9.    Jangan lupa memberus lidah kerana lidah mengumpulkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria dan ini akan menyebabkan nafas berbau. Anda boleh menggunakan tongue scraper untuk membersihkan lidah.

Pengambilan Alfalfa Complex selain sebagai detokfikasi bau ia juga membantu menyegarkan nafas dan sekali gus mengatasi mulut dari berbau.

Moga bermanfaat

~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan