9 Tips kecantikan wajah secara alami






Gambar ihsan Google



Kini wanita pun sibuk dengan  kerjaya. Adaptasikan tips mudah ini untuk menjaga kecantikan kulit agar kulit anda bukan saja sihat tapi juga cantik dan sedap mata memandang.
Amalkan tips kecantikan wajah secara alami ini.

#1

Lindungi kulit dari sinaran matahari

Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi masalah lain. Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, sebelum anda keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15. Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.

#2

Belai kulit sebaiknya

Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas. Ini kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.

#3

Diet sihat

Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.

#4

Elak stres

Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.

Selain itu, bahan sumber semulajadi yang ada di dapur juga boleh digunakan untuk kecantikan kulit anda.

NAK TAHU??

Jom baca sambungan...

#5

Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

#6

Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

#7

Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

#8

Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

#9

Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

Sekiranya anda tiada masa dan masih mahu mencuba cantikkan kulit. Mudah saja. Amalkan supplement. Boleh ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut.
Klik link disini : Vitamin Kulit Cantik








Sumber: Majalah Eh.com.my

*~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan