Resepi mudah Cheesecake Oreo HANYA 3 BAHAN!


Okay, pening kepala nak buat desert dalam masa singkat dan nak jimat juga?
Jom cuba resepi mudah 'Cheesecake Oreo' yang hanya menggunakan 3 BAHAN sahaja.

Ha...Tersangat lah mudah. 3 bahan je SIAP cheesecake.
~tak perlu bakar
~tak perlu kukus
~mix semua & sejukkan sahaja :)

Mudah kan?

Dipersilakan like & Share untuk manfaat bersama.

[Oreo Cheesecake- No bake]

Bahan:
500gm Creamcheese
4-5 Paket Oreo (Perisa Ikut kesukaan sendiri)
1/2 tin Susu Pekat (Ikut tahap manis kesukaan)



Cara-cara:
1) Putar/blend creamcheese
2) Masukkan susu pekat dan putar.
3) Buka paket oreo
4) Masukkan kesemua oreo dalam ZipLog bag
5) Ketuk/lenyekkan oreo sehingga jadi crumbs.
6) Campur Oreo Crumbs dalam bancuhan cheesecake tadi.
7) Gaul rata Oreo Crumbs
8) Buat layer
Layer 1:Tabur Oreo Crumbs
Layer 2: Bancuhan Creamcheese
Layer 3: Tabur Oreo Crumbs

9)Masukkan dalam Fridge. SIAP!



Tips:
1)Pastikan susu tidak berlebihan supaya bancuhan tidak terlalu cair untuk mudah mendapat tekstur kek.
2) Boleh menggunakan Oreo cream apa saja. yang saya gunakan Oreo krim peanut + coklat.
3)Oreo Crumbs ada juga dijual. Nak jimat hancurkan sendiri dengan menggunakan zipLog bag& penggiling.

Sekian.

Simpan dan sharing untuk rujukan akan datang ya.



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan