Resepi Roti Sarang Lebah dan DONUT yang Gebu

Anda dikalangan insan yang selalu terliur dengan roti-roti di pasaran yang gebu gebas dan teringin buat sendiri roti sebab boleh makan panas-panas, fresh from oven, dijamin Halal dan bersih tanpa banyak bahan pengawet?

Mengalami masalah berikut:
  • roti tak naik
  • roti keras bila dibakar
  • roti tak gebu
  • roti berbau yis
  • roti masih terasa yis
Meh I nak share tips-tips buat roti yang gebus. I pun mula-mula dulu mengalami masalah seperti dinyatakan. Sekarang sangat berpuashati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

Ni antara bahan-bahan yang diperlukan sebabnya doh ini boleh buat pan pizza, donut dan roti.
Senang sekali keje. Macam-macam dapat ('',)


Doh Roti:

1kg Tepung Roti (High Protein)
120gm Gula
2 Biji Telur
80 gm Marjerin
2 Susu besar Shortening (Membukit)
2 Paket Yis (11gm/sepeket)
500 ml susu segar
1/2 sudu kecil Baking Powder
1/2 sudu kecil Bread improver
1 sudu besar Esen Vanila

 Sos Butterscotch:

1 Cawan Brown Sugar
1 Cawan susu cair
2 Sudu besar tepung gandum( bancuh dengan sedikit air)
50 gm butter
Secubit garam

Cara-cara:

 Doh roti
1) Bancuh yis+air suam+1 sudu besar gula dan biar 10 minit sampai berbuih. Ketepikan.

Yis berbuih macam ni tau, baru la gebu gebas!!
2) Sambil menunggu yis berbuih, sediakan mixer. Saya gunakan mixer untuk bagi bancuhan doh sekata.
3) Putar marjerin dan lebihan gula tadi sampai sebati.
4) Masukkan telur sebiji demi sebiji, esen vanila, shortening, bread improver dan baking powder.(sambil putar)
5) Bila bancuhan doh sudah sekata, perlahan-lahan masukkan bancuhan yis,susu dan tepung sampai likat.
6) Bila doh sudah likat, ulian tangan selama 15-30 minit.
7) Biarkan doh naik 2-3 kali ganda, kemudian bentukkan ikut kesukaan samada donut, roti ataupun pizza.


Ni dia sebelum dan selepas doh naik double triple kali ganda


Tips:
1)Semasa menguli, jangan sesekali tambah air/cecair..hanya tambah tepung bagi tidak melekat di tangan dan doh ringan. Kemungkinan doh anda tidak akan gebu jika tambah air semasa menguli.
2)Saya personally tambah esen vanilla bagi bancuhan doh tidak berbau yis.


Cara-cara Sos butterscoth:
1) Cairkan butter
2) Masukkan brown sugar, bancuhan tepung dan susu
3) Gaul rata sampai mendidih
4) Siap dan boleh terus dituang atas roti



Antara hasilnya taraaaaa......






Jika tips ini bermanfaat untuk anda, Sila tinggalkan komen anda. Komen untuk share lagi tips pun dialu-alukan.

Terima Kasih kerana memberi komen dan baca entry saya.


~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan