11 cara untuk elak Eczema








Sangat merunsingkan pada penghidap Eczema samada bayi ataupun dewasa. Bukan saja pantang larang dalam pemakan, tetapi bermacam-macam lagi faktor yang perlu diketahui sebagai langkah penjagaan masalah Eczema ini dari terus berlarutan.


Antara 11 cara yang anda boleh praktikkan untuk elak dari Eczema berlarutan menyelubungi hidup anda ataupun keluarga.



#1 Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk

#2 Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya anda amat perlu menggunakan karpet sebagai perhiasan contohnya, maka, pastikan karpet sentiasa bersih dan tidak berdebu.

#3 Sekiranya anda alah pada haiwan berbulu, elakkan dari memelihara haiwan berbulu ini.

#4 Elakkan mandi air suam/panas

#5 Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi elak anda peluh berlebihan

#6 Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis

#7 Elakkan menggunakan pakaian yang berfabrik kasar

#8 Jangan guna sabun untuk mandi. (Tak payah sabun??? busukla kan!!) Seeloknya, gunakan emolien atau pembersih tidak bersabun (soap-free)

#9 Gunakan krim pelembap sekerap mungkin terutamanya setiap kali selepas mandi dan membasuh tangan.

#10 Pastikan kuku sentiasa pendek untuk elak luka (kesan dari garu) dan jangkitan kuman pada kulit

#11 Bagi pesakit Eczema yang mengalami alahan pada makanan, elakkan dari mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pastu mengenai alahan makanan yang anda hadapi, sila dapatkan nasihat doktor anda. Kebiasaannya, sekiranya anak menghidap Eczema, setiap satu jenis makan perlu dilihat kesan tindakbalas terhadap kulit mereka.


Info: Anda boleh amalkan minuman Mealshake dan sapuan Herbal Cream untuk membantu masalah Eczema



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan