7 Punca Sebenar Kulit Tidak Secantik Model

Anda dikalangan pengguna yang sukakan kecantikan?
Bermacam produk kecantikan telah digunakan tetapi hasilnya tetap sama.
Maka pentinglah kiranya anda mengetahui 7 punca mengapa kulit anda tetap same je ataupun makin tidak cantik(ada ker?..hehe)
Fitrahnya kite kene syukur dengan ciptaan Ilahi kan, masing-masing cantik dari sudut yang berbeza, tapi tak salahkan kita nak menjaga lagi kesihatan kulit kita terutamanya apabila umur semakin meningkat, sering berjemur ataupun sunburn.


Nak kulit belah kanan ke kiri??

 7 Punca Kulit Tidak Cun macam Model


Ok jom kita terus selongkar punca-puncanya:

# 1 Tidak Cukup Tidur

Tidur tidak lebih 7 jam akan menyebabkan masalah kulit kusam dan wujudnya lingkaran gelap bawah mata. Pakar psikologi dan perubatan mengatasi masalah tidur, Michael Breus menyarankan agar seseorang itu mandi dengan air suam sebelum masuk tidur untuk memudahkan rasa mengantuk.

# 2 Tidur Tidak 'Bijak'

Tidur secara bijak adalah dengan memberi penekanan kepada sarung bantal yang digunakan. Ketika tidur, semua minyak, sel kulit mati, bakteria dan lebihan krim malam akan berkumpul di sarung bantal. Penggunaan sarung bantal tanpa ditukar dalm tempoh yang terlalu lama akan menyebabkan liang pori tersumbat. Ia boleh menyebabkan kulit anda cepat berkedut. Gunakan sarung bantal dari material yang lembut.

# 3 Terlebih jaga, cetus masalah kulit

Tidak semestinya cuci muka pada siang hari sudah cukup. Jika anda mempunyai kulit kenis kering, anda digalakkan mencuci wajah dengan lebih kerap tetapi harus disertakan dengan pemakaian krim pelembap. Walaupun begitu, elakkan menggunakan pencuci muka setiap kali mencuci wajah kerana ia akan menyebabkan kulit bertambah kering.

# 4 Skrub Kasar

Skrub yang mempunyai butiran kasar boleh menyebabkan iritasi kulit dan liang pori tersumbat. Tahukah anda, penggunaan skrub yang tidak sesuai dengan kulit anda, akan menyebabkan ia kehilangan lembapan semulajadinya.

# 5 'Lupa' Tisu Basah

Pastikan anda bersihkan wajah dengan tisu basah terlebih dahulu untuk memudahkan wajah untuk dibersihkan. Membersihkan wajah tanpa menggunakan tisu basah terlebih dahulu akan mendorong anda untuk menggosok terlalu kuat dan menyebabkan iritasi kulit

# 6 Terlebih mencuci muka

 Jangan pula anda hanya bertanggapan sudah cukup sekadar mencuci wajah pada siang hari saja. Seandainya kulit anda jenis kering, anda digalakkan untuk lebih kerap membersihkan wajah tetapi harus disertakan dengan pemakaian pelembap. Pelembap membantu kulit untuk kekal anjal dan mengelakkan kulit daripada mengelupas. Walaupun begitu, elakkan pembersihan menggunakan pencuci muka setiap kali membersihkan wajah anda.

Penggunaan pencuci muka secara kerap akan menyebabkan kulit semakin kering. Menurut Ellen Marmur, Ahli dermatologi dari New York, cukuplah sekadar membersihkan wajah dengan pencuci muka jenis krim atau berasaskan minyak(untuk kulit kering) pada waktu malam.
Bersihkan wajah keesokan harinya seperti biasa, untuk menghasilkan minyak semulajadi pada wajah anda.

Anda boleh cubna Set Enfuselle Shaklee yang khas untuk 2 kategori kulit iaitu Dry Skin atau Oily Skin.

 

# 7 Ini bukan tepi pantai!

Pemikiran sebegini yang salah!! Pemakaian krim pelindung matahari adalah penting. Apatah lagi sinaran uv matahari sekarang ini adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kulit


Anda boleh amalkan supplement WAJIB untuk kecantikan luaran dan dalaman. Nak tahu?
>>>>Vitamin Cantik




~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan