Tips ingin anak

Masalah ingin hamil bukan saja dialami oleh pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, tetapi juga boleh dialami oleh pasangan yang telah dikurniakan cahaya mata tetapi masalah timbul bila hendak tambah cahaya mata.

Boleh cuba tips ingin anak yg dipetik  dari seorang Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif seperti berikut:


  • Jika anda dan pasangan anda agak kurang melakukan hubungan seksual kerana banyak komitmen kerja dan urusan rumahtangga, anda perlu berusaha untuk merancang seks pada waktu anda subur. 

Bila waktu subur? 

  • Tanda awal subur bagi wanita yang menghasilkan telur ialah pengeluaran lendir macam putih telur yang belum masak  dari faraj, beberapa hari selepas haid selesai.
  • Perasaan sengal pada ari-ari beberapa hari selepas itu ialah petanda ovulasi. 
  •  Jika kedua-dua tanda itu ada kepada anda. maka mudahlah untuk jadualkan persetubuhan.
  • Anda juga boleh gunakan pendekatan alat 'Ovulation Test' yang mengesan pengeluaran Luteinizing Hormone(LH) untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan anda. Anda boleh beli dimana-mana farmasi ataupun online. Cara penggunaan akan dijelaskan oleh mereka. Apabila LH dikesan, telur akan keluar 36 jam kemudian. 
  •  Maka mudahlah anda untuk merancang persetubuhan.

Tips selanjutnya, untuk tambahkan isipadu air mani suami, supplemen yang mengandungi banyak antioksidan boleh membantu anda.

Tips supplement yang perlu anda ambil dan kenapa perlu ambil bagi aspek kesuburan, boleh click gambar dibawah:


Tips subur

Tips posisi seks pula, anda perlu pastikan yang posisi itu dapat mengurangkan pengeluaran air mani keluar dari faraj. Ada juga yang mempraktikkan luruskan kaki 90' ke atas selepas bersama selama dalam tempoh 10-15minit untuk memberi laluan sperma bersenyawa. 

Janngan lupa juga doa dan tawakal kepada Allah S.W.T untuk menambah zuriat. Boleh mengamalkan doa untuk tmenambah zuriat disamping usaha ke arah mendapatkan zuriat tersebut.
Namun, jika semua usaha telah dilakukan tetapi tidak mendapat apa-apa hasil yang positif, anda dan suami perlu menjalani pemeriksaan untuk masalah kesuburan anda.




*~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan