Petua Dapur Anda


Petua Dapur Anda

Mahu menambah ilmu mengenai Petua Tradisional yang diamalkan pada zaman nenek moyang anda dahulu?

Meh pakat view & share ya!
InsyaAllah saya akan update dan share lagi sebanyak mana petua disini, insyaAllah ('',)

Petua Dapur Anda

 

1) Segarkan udara dapur

Keutamaan pada yang rajin memasak. Adatlah kiranya dapur terdedah kepada bermacam bau-bauan samada datangnya dari apa yang anda masak ataupun bauan dari sisa makanan.
Petua ni bolehla digunakan untuk kekalkan udara segar di dapur.

Caranya:
Masukkan 1 botol cuka putih kedalam periuk berisi air. Rebus selama beberapa minit sehingga ia mendidih. Biarkan wap air rebusan tersebut memenuhi dapur anda. Anda akan dapat merasakan udara segar di dapur anda.


2) Ketahui telur rosak @ segar

Mahu mencuba 'double check' samada telur masih segar @ telah rosak tanpa memecahkannya?

Caranya: 
Masukkan telur dalam air sejuk bergaram. Telur segar akan tenggelam manakala telur rosak akan timbul

3) Elak sotong mengecut selepas dimasak.

Kebiasaan masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu apabila selesai memasak sotong, ianya kelihatan mengecut berbanding sebelum memasak. Boleh cuba petua ringkas ini:

Caranya: 
Selepas sotong dicuci bersih, rendam sebentar dalam air bercampur cuka atau perahan limau nipis semala 2-3 minit saje. Hasilnya insyaAllah sotong akan kelihatan lebih segar dan tidak mengecut selepas dimasak

4) Segarkan kembali tomato

Tomato kebiasaannya cepat lembik ataupun terlalu masak terutama jika disimpan lama dalam fridge.
Ikuti cara mudah ini untuk membuat tomato segar kembali.

Caranya:
Rendam tomato dalam air berais dan bergaram selama setengah jam. InsyaAllah, tomato anda akan kelihatan segar kembali.

5) Menyedapkan kari ikan

 Untuk menyedapkan  kari ikan, gunakan asam jawa yang diramas bersama kelapa parut untuk mendapatkan santannya. Selain itu juga, sebelum menutup api, masukkan satu sudu kecil serbuk ketumbar dan juga beberapa ulas bawang putih ke dalam kari.




Sumber: Petua Dapur( Hasil perkongsian pembaca Majalah Keluarga)




~SELAMAT MENCUBA!!!~

*~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan