Petua Cantik Macam Retis!


Petua cantik

Nak cantik Nak cantik? Feeling macam retis.. RAJIN dan ISTIQAMAH barula nampak hasil awet muda kan!

Pertama sekali sy nak share bacaan untuk awet muda (dalaman dan luaran) hasil perkongsian dari pelajar Kelas pengajian tafsir Al-Quran Dr.Fatma.


Zikir Baca:
Ya Badiyah - 1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah - 3 kali

Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari

 Okay.. Seterusnya saya sharing petua pula


Petua untuk Cantik tak semestinya macam retis, cantik semulajadi pun lagi menarik tertarik kan.

Jom tinjau...

Tips dan petua kecantikan 

 

#1 Kecilkan pori-pori kulit

Bila pori-pori kecil barula nampak kulit licin dan gebu kan. Takdelah jelas pori-pori yang besar terutamanya apabila kulit kita bermasalah, berjerawat, ada kesan jerawat, cara pemakanan pun boleh jadi sebab dan puncanya.

Meh kita cuba petua mudah ni:

Hancurkan sebiji kiwi kemudian lulurkan ke seluruh kulit wajah. Jika anda merasakan wajah anda seperti mencucuk-cucuk, itu adalah tanda bahawa ia sedang bertindakbalas dengan kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci muka menggunakan air sejuk.

Jangan lupa pesanan sy dari awal tadi, perlu ISTIQAMAH untuk mengamalkannya barula nampak hasil ya!

#2 Atasi Mulut dan bibir kering

 Adakalanya kita mengalami dehidrasi terutamanya ketika cuaca panas dan kita kurang minum air. Ianya adalah antara penyebab mulut atau bibir menjadi kering.

Untuk megatasinya dengan lebih cepat, cuba petua berikut:

Hiriskan timun dan campurkan bersama air kosonng yang anda minum. Amalkan!!! Anda pasti akan merasai perbezaannya

#3 Hapuskan lutut dan siku HITAM

Segan dan malu pada suami (bagi yang dah berkahwin ya) apabila siku dan lutut hitam. Orang lain tak nampak la kan terutamanya Muslim, sebab tu Islam wajibkan menutup aurat!(Maaf jika anda terasa). Sekadar contoh. Jangan risau, cuba petua mudah ini:

Campurkan minyak zaitun dalam air suam. Tuangkan atau sapu pada siku dan lutut yang bermasalah tadi sambil menggosoknya perlahan-lahan menggunakan span khas untuk kulit. Jika diamalkan setiap hari, daki-daki yang menempel padanya pasti akan hilang perlahan-lahan.

Anda juga boleh cuba Herbal Cream Shaklee terutamanya jika tumit dan siku yang kasar. Selain itu boleh juga disapu pada kulit yang gatal,eczema dan sebagainya.

4) Daun sirih atasi bau badan

 Masih ada yang mengalami masalah bau badan yang tak boleh hilang hanya dengan memakai deodoran. Boleh juga dikongsi kepada rakan yang tidak perasan dia ada bau badan..hehe
Apa kata anda cuba cara tradisional pula, seperti berikut:

Tumbukkan 5 helai daun sirih yang dicampurkan dengan sesudu air kapur sirih. Gaul rata dan kemudian sapukan pada bahagian bermasalah seperti ketiak. Biarkan 30 minit agar ia meresap ke dalam pori-pori kulit kemudian bersihkan dengan air sejuk. Lakukan secara rutin untuk nampak hasil ya!

#Boleh cuba Alfalfa Complex juga untuk menyahbau badan kerana ia berfungsi sebagai nyahtoksin. Anda perlu tahu punca bau badan antaranya adalah disebabkan toksin dari dalam badan kita sendiri.


5) Skrub Kopi dan madu

Campuran kopi dan madu adalah sangat bagus untuk pertumbuhan sel-sel kulit. Caranya hanya lulurkan campuran ini di muka, leher dan seluruh tubuh anda.

"Info Kecantikan: Penjagaan kulit wajah dengan cara yang betul mungkin kedengaran remeh. Tahukah anda, kesan pengabaian penjagaan kulit muka bukannya boleh dilihat hari ini atau esok. Tetapi dalam tempoh yang panjang. Jangan nanti kulit sudah bermasalah, berkedut semua baru nak menyesal tidak mengamalkan penjagaan kulit dulu. Sudah terlambat untuk berpatah balik ya!"


Sumber: Petua Cantik, Majalah rapi.



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan