Apple Crumble Yummy dan Mudah versi AirFryer


Apple Crumble Yummy dan Mudah versi AirFryer


Bahan2:

INTI
20biji Epal honey fuji(xkisah epal ape pun sodap)
1 sudu besar Cinnanamon powder (serbuk kayu manis-ikut citarasa, boleh tambah kemudian)
3 sudu besar gula/gula merah
secubit garam
2 sudu besar butter
2 sudu besar lemon

CRUMBLE
4 sudu besar buttercup
3 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar gula

Cara-cara: 

  
Ni epal yang sudah dipotong dan telah dimasak..
INTI
Panaskan periuk
Masukkan buttercup &gula perang
Kacau rata sampai buttercup cair
Masukkan kesemua epal yg telah dipotong cube tadi
Masukkan perahan lemon, serbuk cinnamon, tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
Gaul& masak sampai epal lembut & kuah pekat(rasa2 dulu sesuai x dgn tekak masing2..if nak tambah ikut suka..hehe)
Biarkan sejuk seketika
Masukkan adunan dalam loyang












CRUMBLE
Gaulkan butter,tepung,gula &sedikit air sejuk(guna tangan) sampai jadi macam serbuk roti
Tabur atas ramuan inti tadi
Lagi byk lagi crunchy

 
Bakar dalam oven@airfryer 200°c selamca 5-10minit aje @sampai crumble garing 😍
SIAP!!!

 Selamat Mencuba!!!!

Ade tips lain nak kongsi cer Comment ('',)



~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan