10 Panduan Elak dan Rawat Eczema atau Psoriasis

Apa itu Eczema?



Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.
Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki

"Penyakit Eczema biasanya terjadi dalam keadaan cuaca panas dan lembap"


10 Panduan Penjagaan Kulit Khas untuk pesakit Eczema


#1 Gunakan sabun yang lembut


Mandi dengan hanya menggunakan sabun yang lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar suhu dingin atau suam, dan bukannya panas.

# 2 Had kan penggunaan produk yang berisiko


Elak dari menggunakan produk yang cenderung menyebabkan iritasi kulit seperti produk losyen selepas bercukur, gasolin dan turpentin.

#3 Pilih Losyen yang sesuai


Pelembap boleh menjadikan kulit lebih lembut dan halus. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Boleh juga gunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana kandungannya tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sangat sesuai untuk kesan lembapan. Amalkan selalu.

#4 Berendam Seketika


Berendam seketika dalam tab mandi adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan megelakkan kekeringan. Digalakkan berendam selama 15-20 minit. Boleh juga menggunakan garam bukit untuk berendam.


#5 Kawal Tekanan


Belajar dan didiklah diri untuk berdepan dengan tekanan dengan cara yang betul. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.


Vitamin yang sinonim dengan tekanan adalah vitamin B. Anda boleh mencuba vitamin B Complex Shaklee yang membantu anda dalam mengawal tekanan dan stress.

#6 Jangan Menggaru


Elakkan menggaru kawasan yang terdedah biar pun terasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah dan sebagainya. Disarankan gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.

Jika iritasi kulit/ gatal di kulit yang kering, Anda boleh sapukan Herbal Cream di kawasan yang gatal itu.

#7 Pilih tuala lembut


Gunakan tuala yang lembut untuk mengelap kulit. Sebaik sahaja selesai mandi, sapukan losyen atau minyak bayi agar dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

#8 Kawal aktiviti harian


Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan pada kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yag membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

#9 Gunakan fabrik dari kain kapas atau kombinasinya


Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

#10 Konsisten amal penjagaan khas


Bahagian kulit yang terjejas akibat Eczema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna, penjagaan khas masih diperlukan. Teruskan rutin penjagaan kulit seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.



Sumber: Majalah kesihatan No .1 Malaysia:Rapi

Saya cadangkan anda mengambil Mealshake dan Omega Guard untuk anak yang ada eczema.

Selain itu, anak anda atau anda sendiri(adult) disarankan ambil ESP untuk mencuba merawat Eczema dan masalah kulit yang lain.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 

~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan