MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPLEMEN?

MENGAPA BADAN KITA PERLUKAN SUPLEMEN?

Ni die packaging Shaklee yg lame.. Banyak dah improvis..Almaklumlah dah lebih 50 years diperkenalkan :)



Okay berbalik pada kenape perlu supplement?




Jom kita tengok video ini.





1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih 
tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6. Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.


SUPLEMEN DAN PENYUSUAN BAYI







Seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara membanyakkan susu ibu.

Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara Iangsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu:



"LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI

PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN"

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten.


1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil makanan seimbang dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan 
keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikannya amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

MENGAPA SHAKLEE?

1. Berasaskan sumber semula jadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.

3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.

4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.

5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.

6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.

7. Produk Shaklee di Malaysia di sahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Xcayer..Leh tgk kat website JAKIM @ MyJakim, xpun meh sy share:
















*~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan