Baby owh baby..

Cergas2 pepagi yer..

Banyakkan zikir even sampai tertido pun drive pi keje..hehe
Kate org bukan saje zikir Ya Wahhab tu murah rezeki..rezeki pun banyak kategori, ade hamba Allah kate dengan zikir Ya Wahhab die senang dapat parking kereta..so, kiter boleh jugak zikir untuk rezeki perjalanan yg lancar..insyaAllah
Last week adik ipar bertunang..this week family day..alang2 Jom pi snorkelling la skali kat Pangkor..
Mudah2an semua berjalan lancar..Amin
Alkisah nak citer pasal baby.Adat la bila dah berjumper sedara mara..Naufal dah bape tahun..urmmm bulan 10 ni genapla 3 tahun..sekejap jer masa berlalu, kata dalam hati jer.. Muncul pulak suara yg xenak..dah boleh tambah ni..bila nak tambah? huh..berdesing telinga..jawapanku hanyalah ketawa berdekah2..
InsyaAllah doakan la yer..Dengan izin Allah insyaAllah tahun ni dapat la..Amin..
Bab2 nak tambah anak ni elok lah kiter share rahsia hamil dari Shaklee..

Isteri
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Alfalfa ( hanya option terutama yg sakit bila bersama)
GLA jika period tak regular

Suami
ESP
Vitalea
B com
Vitamin C
Vitamin E
Zinc

Bagi pesakit yang thalasemia atau apa shj alahan....then remove product dari list contohnya vitalea tak boleh utk pesakit talasemia then tak perlu amik.

Namun, doa+solat hajat,banyakkan zikir kerana anak itu rezeki dan ketentuan dariNya. Kita hanya mampu 'D.U.I.T'; Doa usaha ikhtiar & tawakal. Kiter kena tahu supplement sebagai salah satu cabang usaha. Kami x janji apa2, sebab ada kes, bila ambil vitamin, tak dpt baby... salahkan kita. dan kalau boleh ambil fullpack... kenapa ya? sebab vitamin ambil masa utk repair sel, sekurang2nya 90 hari.

Bagaimana pengambilan supplements Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini?

Sebelum saya terlupa, ingin saya kongsi di sini, apakah vitamin yang sesuai untuk masalah kesuburan ini. Saja dikongsi di sini, sebagai rujukan di kemudian hari.

Vitamin Asas(1) Vita-Lea (Multivitamin)(2) Vitamin C(3) B-Complex
Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan(4) Vitamin E Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5) Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6) Alfalfa Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Kita merancang, Allah jua yang menentukan segala...tapi kita perlu berusaha kan...

Bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?

Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.

Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.

GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida.

Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:

Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.Jika tidak, ulangi proses tersebut.

Semoga berjaya!


Sekali lagi, kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Semoga semua pasangan suami isteri yang berhajatkan anak dari zuriat sendiri bakal menimangnya insya-Allah.

cdt to Group Jutawan
video

Tengok ni anak mama da besar da..sume panggil handsome boy.. hehe :)
Da pandai dah sebut Allahuakbar..pantang nampak masjid..trus azan :)
Love you...




*~Salam Sayang:::Mama Lisz~

sharing

Artikel Berkaitan